Najwa Mahiaddin Bertudung Selepas Tunai Haji

Penyanyi Najwa Mahiaddin masih belajar untuk menyesuaikan diri apabila membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji pada Selasa lalu.

Najwa 1

Pegawai perhubungan awam penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Najwa, 28, bagaimanapun memberitahu, semasa dalam proses menyesuaikan diri ini, pelbagai perkara boleh berlaku sama ada dia mahu berubah dengan imej baharunya itu ataupun kekal kepada penampilan sebelum ini.

“Memang Najwa sudah bertudung selepas menunaikan haji baru-baru ini. Tetapi dia pun tidak berani mengulas panjang mengenai perkara tersebut kerana risau sekiranya, imej itu bersifat sementara sahaja.

 

“Kerana itu juga dia tidak memuat naik sebarang foto dirinya bertudung di Instagram. Bagaimanapun dia berharap imej itu akan kekal, Insya-Allah,”.

Najwa kini berada di Singapura untuk menjayakan persembahan pada Anugerah Planet Muzik (APM) yang akan berlangsung pada Jumaat (hari ini).

Kongsi pendapat anda