Nasi lemak anak dara kini ‘meletop’

Assalamualaikum & Salam Ceria

Sedang hangat viral sekarang ini di media sosial adalah seorang anak gadis cantik yang menjual nasi lemak. Mesti ramai nak tahu bagaimana kisah permulaan anak gadis ini berniaga kan?

Entri kali ini adalah berkisar tentang kisah hidup seorang anak gadis yang cantik, comel, muda sebelum bergelar usahawan. Jom ikuti entri kali ini.

siti-hajar

Siapa Siti Hajjar binti Ahmad

  1. Nama penuh : Siti Hajjar Binti Ahmad.
  2. Umur : 24 tahun
  3. Adik-beradik : Anak ketiga daripada lima adik beradik.
  4. Tempat tinggal : Sungai Petani, Kedah.
  5. Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (UTHM)

Ini maklumat ringkas tentang tuan empunya badan. Tak dapat nak cerita kesedapan nasi lemak beliau sebab belum berkesempatan untuk membeli.

Walaupun nasi lemak anak dara ini sedang hangat diperkatakan tetapi masih belum berkesempatan untuk membelinya. Selasa 11/10 semalam berniat nak pergi beli tapi bila tengok facebook Nasi Lemak Anak Dara Official rupa-rupanya tutup. Ok mungkin tiada rezeki.

sedapnya

Kemudian, berhajat nak datang hari ini, hari ini pun tutup sebab ada hamba Allah berikan 200 bungkus nasi lemak PERCUMA. Tak sempat nak beratur dah habis.

Tu kira ok lagi. Elok-elok penulis dah rancang nak datang esok, boleh pula tutup juga sebab memenuhi jemputan JoHaRa pagi Era.

pelanggan-membeli-nasi-lemak

Tapi penulis nekad, Insya Allah akan cuba juga untuk beli nasi lemak anak dara Siti Hajjar Jumaat minggu ini.

Nanti bolehlah kongsi rahsia kejayaan dan rahsia resepi (kot-kot boleh dapat). Apa-apa pun semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

pelanggan-sedang-beratur

Kongsi pendapat anda