Neelofa Kini Sudah Berhijab

Pelakon filem ‘Hantu Kapcai’, Noor Neelofa Mohd Noor, 25, enggan mendedahkan sebab dia memilih untuk mengenakan hijab dan mahu perkara itu kekal sebagai cerita peribadinya. Beliau memaklumkan memang betul ia adalah imej dan penampilan terbarunya. Mengenai soalan mengapa beliau pilih untuk berhijab, biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi.

Menutup aurat sememangnya wajib. Jesteru, diharapkan kepada mereka yang berada di sekeliling hendaklah memberi sokongan dan galakan agar ianya berterusan dan berkekalan.

Neelofa bertudung
Menganggap perubahan yang datang adalah hasil doa semua pihak, Neelofa nekad untuk terus kekal dengan imej sebegini.

Perkara ini terjadi atas doa dan sokongan orang di luar sana, peminat-peminat saya, keluarga saya, terutamanya ibu saya. Saya mula mengenakan hijab pada hari kedua Ramadan dan saya nekad untuk bertudung setelah sekian lama berdoa kepada Allah untuk diberikan petunjuk dan jalan yang terbaik buat diri saya. – Neelofa-

Apabila ditanya apa yang dirasakan oleh Neelofa kini setelah tampil dengan imej baru, pelakon filem ‘Azura’ itu merasakan penampilan terbaru melengkapkan dirinya.

sumber

Kongsi pendapat anda