Negeri yang bercuti Nuzul Al Quran

Mengikut senarai cuti umum Malaysia dan negeri-negeri di Malaysia negeri-negeri yang bercuti untuk Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan adalah Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Putrajaya Selangor & Terengganu.

Ramadhan adalah bulan Al Quran

Ramadhan adalah bulan Al Quran

Menjadi impian setiap orang beriman untuk khatam Al Quran sepanjang Ramadhan dan paling penting dapat beribadah di malam Lailatul Qadar, malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadhan. Keistimewaan Malam Lailtul Qadar yang lebih baik daripada 1000 malam menjadi impian sehingga ada yang menjadikan azam tahunan dan terus berdoa kepada ALLAH setiap hari untuk dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar. Ramai yang mencari tips untuk pasti berjumpa Malam Lailatil Qadar dan jika pembaca ada sila kongsikan di ruangan komen.

Oleh kerana Lailatul Qadar ini hadiah yang ghaib maka majoriti daripada umat Islam tidak lansung ambil kisah dan merasakan persiapan Aidil Fitri lebih penting daripada mencari Lailatul Qadar. Malanglah bagi kita yang tidak mengambil kesempatan mencari hadiah daripada Allah, hadiah yang bukan sahaja bermanafaat di dunia malah yang lebih penting di akhirat.

Insyallah jika kita terlupa tahun ini maka berusaha kita dari awal untuk mencari Lailatul Qadar pada Ramadhan tahun depan. Insyallah Lailatul Qadar boleh merubah untung nasib kita.

Kongsi pendapat anda