Netizen Puji Budi Baik Shuib Sepahtu Selamatkan Mangsa Kemalangan

Seorang pemuda berterima kasih kepada pelawak dan penyampai radio Sinar FM, Shuib Sepahtu kerana membantu dirinya yang terlibat dalam kemalangan.

Pemuda yang dikenali dengan nama Muhammad Fauzi ini berkongsi berita tersebut di laman Facebook miliknya.

“Terima kasih sangat-sangat untuk  Shuib Sepahtu dan dua, tiga orang yang selamatkan saya dari kemalangan walaupun orang yang langgar tu dah lari. Shuib tolong bawa pergi klinik  dan sampai dekat rumah.

“Terima kasih sangat-sangat apa yang dah kamu bagi Shuib memang sangat prihatin. Peribadi awak memang terbaiklah. Semoga dimurahkan rezeki selalu Shuib sekeluarga dan bahagia dunia akhirat.

“Terima kasih Asri Aziz bawak blik motor. Allah saja dapat balas kebaikan. Tiap ujian ada hikmah. Shuib memang terbaik,” kongsi Muhammad Fauzi.

Status Muhammad Fauzi yang dimuat naik pada Jumaat lalu menjadi perhatian netizen dan telah dikongsi seramai 300 pengguna Facebook.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemurnian hati Shuib yang membantu pemuda itu yang sedang dilanda kesusahan.

Terdapat satu komen perbualan Muhammad Fauzi bersama netizen lain menarik perhatian Astro Gempak:

“Memang terbaik. Peribadi dia memang baik. Saya cakap pakaian saya kotor nak naik kereta dia. Dia cakap tak apa, naik je. Dia memang suka buat baik dengan orang,” tulis Muhammad Fauzi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Sumber: Facebook Muhammad Fauzi

Kongsi pendapat anda