Nico Rosberg Cipta Kejayaan Sulung

Buat julung-julung kalinya pemandu Mercedes Formula 1 Nico Rosberg telah merangkul kejuaraan dunia pada perlumbaan baru-baru ini.

Lebih manis apabila ini merupakan kejayaan sulung beliau sejak berkecimpung dalam dunia sukan permotoran F1.

1-nico-rosberg

Rosberg yang memulakan perlumbaan dengan 12 mata di hadapan Hamilton, tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan pendahuluan mata meskipun Hamilton memberikan tentangan sengit dan memenangi perlumbaan.

Tamat perlumbaan di tempat kedua, Rosberg berkelebihan lima untuk meraih kejuaraan dunia sulung, sekaligus menyamai pencapaian ayahnya Keke pada 1982.

Tahniah Nico Rosberg..!!

2-nico-rosberg

Nico Rosberg

Kongsi pendapat anda