Nora Danish Dikecam Warga Johor

Gara-gara mengkritik kelemahan pihak pengurusan Hotel Legoland Resort Malaysia selepas kakak dan rakannya terperangkap dalam lif hotel tersebut selama satu jam, aktres jelita Nora Danish telah menerima kecaman daripada masyarakat di Johor.

Mengakui kesal apabila ada sesetengah orang yang salah faham dengan tindakannya itu, Nora menjelaskan dia tidak berniat untuk menyindir mana-mana pihak.

nora danish dan legoland

“Tujuan saya hanyalah untuk memberi pengajaran dan iktibar kepada pihak pengurusan supaya memandang berat isu tersebut kerana ia melibatkan nyawa seseorang” Nora Danish

Pihak pengurusan Hotel Legoland Resort Malaysia telah memohon maaf secara peribadi kepada Nora dan keluarganya selepas kejadian tersebut.

Menurut Pengurus Perhubungan Legoland Malaysia, Deviga Doreraja memberitahu, kejadian berlaku disebabkan masalah teknikal yang melibatkan lif terbabit yang dikatakan berhenti berfungsi di antara dua tingkat bangunan hotel itu.

Kongsi pendapat anda