Nurul Izzah Anwar ditahan reman

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ditahan reman satu malam dan akan dibawa ke lokap Jinjang hari ini. Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menerusi sistem pesanan Whatsapp kira-kira jam 5.30 petang tadi.

NURUL IZZAH ANWAR_KITA LAWAN_RALLY_POLICE REPORT

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil juga memaklumkan, Nurul Izzah ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan sedang diambil cap jari serta gambar. Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai telah ditahan dipercayai ada kaitan dengan ucapan Ketua Pembangkang yang dibacakannya di Parlimen pada 10 Mac lalu. Ucapan itu dikatakan telah mempertikai dan menghina sistem kehakiman negara.

Ini sebenarnya yang ditunggu oleh PKR setelah membuat berbagai provokasi kepada Kerajaan setelah Anwar Ibrahim ditahan. Tidak sampai 24 jam berita penangkapan Nurul Izzah telah mendapat liputan berita seluruh dunia.

Kongsi pendapat anda