Nyawa Anak Dipertaruhkan

Bayi di cenuram

Ya Allah!! tersentak penulis apabila melihat beberapa keping foto yang dimuat naik di laman sosial pagi ini.

Mana taknya, foto tersebut memperlihatkan seorang bayi yang diletakkan di atas cenuram. Kejadian dikatakan berlaku di Mekah dimana pasangan suami isteri mengambil foto anak mereka dengan meletakkan di cenuram.

Penulis ingin menasihati kepada ibubapa berpadalah-padalah kita dalam melakukan sesuatu perkara. Janganlan sampai nyawa orang lain kita pertaruhkan atas sebab kepentingan diri kita sendiri. Elakkan daripada melakukan perkara ini.

Selain itu, pasangan suami isteri ini juga dikecam teruk oleh netizen.

Rata-rata netizen menuduh mereka sengaja membahayakan nyawa bayi itu semata-mata mahu merakam gambar berkenaan dan menarik tumpuan.

Ada yang menggesa pihak berkuasa memenjarakan pasangan itu atas alasan mencabuli nyawa kanak-kanak.

Walauapapun penulis mendoakan agar ibubapa ini sedar akan perlakuan mereka. Amin.

 

Kongsi pendapat anda