Olimpik Rio 2016 perak kedua Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bergu campuran negara, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon berjaya meraih pingat perak kedua buat Malaysia selepas ditewaskan beregu campuran Indonesia dalam straight set, 21-14 dan 21-12 di peringkat akhir yang berlangsung di arena Riocentro, Rio de Janeiro awal pagi Khamis (waktu Malaysia). 

Laluan gandingan negara sememangnya sukar kerana hanya menang sekali daripada sembilan pertemuan dengan juara dunia 2013 itu, termasuk yang terbaru apabila tewas 15-21, 11-21 dalam aksi peringkat kumpulan Sabtu lepas. 
Dalam set pertama, Peng Soon-Liu Ying sekadar dapat merapatkan mata kedudukan pada 9-11, sebelum gandingan Indonesia itu melebarkan jurang dan menamatkan set itu dengan 14-21.

Kongsi pendapat anda