Tiga parti dalam Pakatan Rakyat sudah menyerahkan nama calon menteri besar baru Selangor kepada istana, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.
Beliau juga berkata, kini terserah kepada pihak itu untuk memutuskannya, termasuk kemungkinan berlaku pilihan raya negeri atau tidak. Katanya, beliau tidak mahu terlibat dalam perkara tersebut dan hanya menjalankan kerja sebagai menteri besar interim buat masa sekarang.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta semua pihak bersabar sementara menunggu istana memberikan maklum balas cadangan calon menteri besar baharu yang diserahkan PAS, PKR, dan DAP.
Asamboi : Bubar DUN? Terpulang kepada budi bicara Sultan