Pamela Anderson Mahu Cerai Selepas Enam Bulan Kahwin

Rumah tangga Pamela dan Rick hanya bertahan selama enam bulan.

PELAKON drama bersiri terkenal Baywatch, Pamela Anderson dilaporkan nmahu bercerai dengan suaminya, Rick Salomon walaupun rumah tangga yang dibina baharu sahaja berusia enam bulan.

Pamela anderson bercerai

Punca sebenar Pamela ingin bertindak sedemikian tidak diketahui kerana pasangan itu kelihatan bahagia sebelum ini.

Pasangan tersebut pernah berkahwin buat kali pertama pada tahun 2007 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama dua bulan.

Pamela dan Rick berkahwin buat kali kedua pada Januari lalu.

Sepanjang berada di Perancis juga, kedua-dua mereka sempat bercuti dan gambar yang berjaya dirakamkan paparazzi memperlihatkan pasangan itu cukup romantik.

Kongsi pendapat anda