Pamoga Qu Puteh The Red Warriors 2016

Satu Majlis Menandatangani Kontrak Penajaan Pasukan Bolasepak Kelantan Musim 2016 telah diadakan pada 15 Januari 2016 di Medan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Dato’ Seri Vida sebelum ini bersemangat untuk membantu Kelantan yang mempunyai masalah kewangan dalam pasukan bolasepak mereka. Tajaan sebanyak lebih dari RM16 juta ini seharusnya melegakan pelbagai pihak. Walaupun dikenakan dua syarat utama dan syarat-syarat yang lain, pasukan The Red Warriors kini melalui perubahan drastik demi masa depan mereka.

16 juta trw

Pamoga Qu Puteh Kelantan

Pamoga Qu Puteh The Red Warriors

Warna merah jambu bakal mewarnai stadium dan sudah tentu jersi yang baru bagi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors berwarna merah jambu. Namun, pemain dan seluruh pengurusan mereka bersemangat untuk mengharungi tahun 2016 yang penuh liku ini.

Facebook/Twitter: TRWFC
Instagram: @trwfc_official

Tahniah kepada pasukan bolasepak Kelantan Darul Naim!

Kongsi pendapat anda