Pamoga Qu Puteh The Red Warriors kini Bakal Jadi Realiti

Imej Stadium Sultan Muhammad IV bermandi warna merah jambu yang sebelum ini cuma bayangan kini bakal menjadi kenyataan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan The Red Warriors telah menerima dua syarat Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida untuk memberi tajaan.

TRW Pamoga

Tajaan tersebut bernilai lebih daripada RM16 juta, lapor Harian Metro. KAFA turut bersetuju melantik Datuk Seri Vida sebagai Penasihat Kehormat pasukan Kelantan.

Satu majlis menandatangani perjanjian dan sidang media berkenaan kerjasama ini akan diadakan pada 15 Januari di Kuala Lumpur.

Kongsi pendapat anda