Pandelela dan Jun Hoong sumbang Pingat Perak pertama Olimpik Rio 2016

Malaysia meraih pingat perak pertama negara di sukan Olimpik Rio 2016 menerusi pasangan penerjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara 10 meter platform seirama wanita.

Olimpik Rio 2016 Malaysia

Gandingan negara itu mengumpul jumlah 344.34 mata untuk menang pingat perak dalam acara 10m papan anjal serentak manakala China merangkul emas dengan 354 mata.

Kanada meraih pingat gangsa dengan mengumpul 336.18 mata.

Kongsi pendapat anda