PAS yakin menang di Pengkalan Kubor

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menyifatkan pencalonan Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan kubor adalah pilihan yang tepat.

Pengalaman selama 20 tahun di dalam PAS dan bergelumang dengan penduduk setempat, calon PAS itu tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN).

Wan Rosdi Wan IbrahimBeliau merupakan seorang pekerja parti di peringkat kawasan dan Dun, hampir 20 tahun beliau berkhidmat untuk rakyat setempat.

Berbeza dengan calon BN, Mat Razi Mat Ail pada peringkat awal tidak ada dalam senarai utama. Malah ia tidak mencerminkan kehendak awal Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu calon muda ditampilkan.

Pilihan raya Pengkalan Kubor diumumkan berikutan kematian Datuk Noor Zahidi Omar kerana kanser hati di China pada 20 Ogos lalu. Noor Zahidi, dalam pilihan raya umum yang lalu, menewaskan Saharun PKR dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September ini untuk penamaan calon dan 25 September ini untuk mengundi.

Kongsi pendapat anda