Pasukan Penyiasat Malaysia Masuk Ground Zero Nahas MH17

Perkembangan di Ukraine. Setelah terhalang di peringkat awal, akibat pertempuran antara pihak pemisah dan tentera Ukraine, akhirnya pasukan penyiasat Malaysia yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam dapat memasuki lokasi ground zero nahas MH17 di Donetsk.

Dalam tempoh sejam setengah, 21 anggota penyiasat Malaysia bersama pasukan polis antarabangsa membuat pemeriksaan di kawasan seluas kira-kira dua kilometer persegi. Barangan peribadi mangsa antara yang ditemui.

Khalid Abu Bakar

Sementara itu, syarikat insurans, AIA Berhad akan membuat bayaran ex-gratia kepada waris penumpang pesawat MH17 yang menjadi pelanggan syarikat itu dengan mengecualikan sekatan khas. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bill Lisle berkata, syarikat itu atas dasar prihatin telah memutuskan untuk memansuhkan semua sekatan khas atau pengecualian bagi kematian akibat keganasan, perang atau situasi seperti perang dalam polisinya kerana sedia maklum tuntutan berkenaan adalah tulen.

Kongsi pendapat anda