Pelaksanaan Sekatan Perjalanan Ke Amerika, Tidak Dibenarkan

Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membenarkan sekatan perjalanan ke atas beberapa buah negara yang disenaraikan diteruskan.

trump-tak-berpuas-hati

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut yang dibuat berikutan tindakan Bob Ferguson, Peguam Negara tersebut, memfailkan protes ke atas arahan yang dikeluarkannya itu.

Berikut merupakan luahan hati di akaun twitter miliknya;

“Hakim telah mendedahkan negara kita kepada potensi (serangan) pengganas dan mereka yang tidak mempunyai niat yang baik. Orang jahat pasti sangat gembira!” – Donald Trump.

 

“Disebabkan sekatan tersebut telah dihalang oleh Hakim, ramai orang jahat dan membahayakan bakal memasuki negara kita. Sebuah keputusan yang teruk” – Donald Trump.

7 buah negara, antara yang disenaraikan ialah; Iraq, Iran, Syria, Libya, Sudan, Yaman dan Somalia.

Kongsi pendapat anda