Aksi seks Pemain Manchester United dalam Tandas Dirakam

Beberapa pemain Manchester United merakamkan video seorang rakan mereka yang sedang melakukan hubungan seks di sebuah tandas kelab eksklusif. Video itu kemudiannya diedarkan sesama pemain di bilik persalinan, lapor The Independent hari ini, memetik berita The Sun pada Ahad.

Laporan itu menyebut, pihak pengurusan kelab tersohor Liga Inggeris itu kini sedang menyiasat perlakuan itu yang melibatkan seorang wanita berusia 20-an dengan pemain yang tidak dinamakan.

Manchester UnitedRakan-rakannya dikatakan membuat rakaman sulit itu menggunakan kamera telefon melalui bawah dan atas pintu bilik tandas. Laporan itu tidak menyebut sebarang nama pemain dan wanita muda itu. Wanita itu dilaporkan menangis sepuas-puasnya dan berkata:

“Saya tidak akan menceritakan perkara itu buat masa ini.”

Bagaimanapun, semuanya pemain berlagak seperti tiada apa-apa berlaku sewaktu menuju ke Upton Park bagi berdepan West Ham dalam Liga Perdana Inggeris.

Sumber : The Independent UK

Kongsi pendapat anda