Pemandu Bas elak tayar, 8 maut dalam insiden di Tapah

Tujuh penumpang rentung apabila bas persiaran yang mereka naiki terbakar selepas terbabas di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tol Tapah awal pagi ini. Manakala Seorang lagi mangsa bas persiaran terbakar dekat tol Tapah awal pagi ini meninggal dunia, menjadikan bilangan yang maut lapan orang, menurut Pengarah Hospital Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata nahas berlaku kira-kira jam 1.15 pagi berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands, Pahang.

kemalangan bas di tapah
Mayat mangsa dan penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Tapah.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas cuba mengelak tayar di tengah jalan dan ini menyebabkan bas tersebut terbabas ke dalam parit di bahagian kiri lalu terbakar,” Superintenden Som Sak Din Keliaw

mayat insiden kemalangan bas tapah

Ketika kejadian, bas persiaran berkenaan membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau ke Cameron Highlands dan polis kini menyiasat kemungkinan seorang lagi penumpang yang masih hilang turut menaiki kenderaan itu.

Kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis dan Ambulan untuk tindakan lanjut. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Tapah dan BBP Gopeng.

Bomba Tapah

Identiti pemandu bas belum diperoleh identitinya lagi.

Senarai mangsa yang maut
Lim Soo Lan, 59
Tan Ah Ba, 65
Tan Chan Hing, 49
Aw Ah Poh, 56
Tan Ah Baa, 64
Ong Ah Yook, 58
Sin Ah Guat, 54
Jayagunasgaran Mariapen, 40

Kongsi pendapat anda