Pemandu MyVi kes DUKE mengaku tak salah!

Dua pemandu terbabit kemalangan di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) yang mengorbankan tiga sekeluarga Sabtu lepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memandu secara berbahaya.

Tertuduh Mohd Fizal Reza Jamauddin, 31 dan Siti Noor Aini Mohd Said,35 didakwa bawah Seksyen 41(1) Akta pengangkutan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Jun depan.

Pemandu MyVi

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara antara dua hingga sepuluh tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM20,000.

Driver Myvi FMC

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menetapkan ikat jamin sebanyak RM9,000 termasuk lesen memandu digantung sehingga kes selesai. Manakala pasport mereka disimpan di mahkamah sehingga kes itu selesai.

Dalam kejadian kira-kira 1.05 pagi, 2 Mei lalu sepasang suami isteri Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan, maut dalam kemalangan itu.

sumber

Kongsi pendapat anda