Pemandu Uber melencong ketika penumpang tidur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ahad lalu, Hannah Warman terjaga dan sedar dia sudah tiba di rumah. Pelawak London itu terlena di kerusi penumpang sepanjang perjalanan pulang dengan menggunakan perkhidmatan Uber.

Apa yang tidak disedari ketika itu, dia sebenarnya sudah terlena lebih sejam setengah. Perjalanan sebenarnya hanya mengambil masa lima minit – jika dia berjalan kaki.

Hal itu hanya disedari Hannah apabila menerima resit Uber melalui e-mel keesokan harinya yang memaparkan tambang mahal.


Pemandu tersebut rupa-rupanya telah melencong lebih 56 kilometer sebelum tiba di rumah Hannah.

Kongsi pendapat anda