Pembunuh Pengasas AmBank Dihukum Gantung Sampai Mati

Seorang pemandu kereta dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat kerana bersalah membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank), Hussain Ahmad Najadi, tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin, memerintahkan Koong Swee Kwan, 45, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun selepas didapati bersalah cuba membunuh isteri Hussain, Cheong Mei Kuan, 50.

KL18_031013_KES_BUNUHMohd Azman membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di sini antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai 2013 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Kongsi pendapat anda