Penerbangan Pertama Rayani Air ke Kota Kinabalu

Rayani Air Sdn Bhd, syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, hari ini memulakan penerbangan sulungnya bagi laluan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, laluan ketiga selepas Kuala Lumpur-Langkawi dan Kuala Lumpur-Kota Baharu.

Ketibaan pesawat Boeing 737-400 dengan muatan penumpang kira-kira 70 peratus pada 11.10 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disambut oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Rayani Air Kinabalu

Rayani Air Kota Kinabalu

Press Rayani Air Kota Kinabalu

Kerajaan negeri Sabah menyambut baik langkah syarikat penerbangan itu yang menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik yang selari dengan usaha kerajaan untuk merancakkan industri pelancongan dalam negara. – Datuk Seri Masidi Manjun

Pengarah Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran meminta pengguna di Sabah agar terus menyokong syarikat penerbangan itu dalam usahanya menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

Kongsi pendapat anda