Penutupan Jalan untuk Thaipusam 2016

Orang ramai yang ingin masuk ke ibu negara pada perayaan Thaipusam Ahad ini dinasihatkan mengelak daripada melalui beberapa jalan yang akan ditutup secara berperingkat mulai Jumaat ini.

Polis akan menutup beberapa jalan iaitu Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut dan Jalan Sri Amar.

Perarakan pergi pada Jumaat akan bergerak dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee dan melalui sepuluh jalan utama tersebut, kemudian ke Jalan Tun Razak (pusingan-U depan Bomba), Jalan Ipoh (Jalan Salleh), Jalan Kovil Hilir, Lorong Konvil Hulu, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves.

Perarakan Thaipusam 2016

Perarakan pulang pula bermula 4 petang Isnin (25 Januari) dan dijangka berakhir pagi esoknya (26 Jan). Kumpulan perarakan akan bergerak dari Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, seterusnya melalui Jalan Ipoh, Batu 5, Jalan Perhentian, Lorong Konvil Hulu, Jalan Kovil Hilir, Jalan Tun Razak dan Jalan Ipoh.

Trafik KL Thaipusam 2016

Orang ramai yang ingin melalui kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada hari berkenaan.

Kongsi pendapat anda