Penyerang Charlie Hebdo ditembak mati

Cherif Kouchi dan Said Kouchi menjadi buruan apabila berlakunya serangan di pejabat Charlie Hebdo yang menyebabkan 12 orang mati ditembak. Cherif dan Said dilaporkan bersembunyi di sebuah kedai di kawasan perindustrian.

Serbuan di Perancis membawa kepada pembunuhan tiga pengganas, satu yang disyaki (Amedy Coulibaly) dalam tembakan yang meragut nyawa seorang polis, dua yang lain dalam serangan Charlie Hebdo (Cherif Kouchi dan Said Kouchi).

Tragedi Charlie Hebdo kerana menghina Rasulullah

Serangan Charlie Hebdo terkini

Serangan Charlie Hebdo terkini

Dalam serbuan di Porte de Vincennes, Paris, seorang suspek dalam kes tembakan anggota polis wanita telah ditembak, sementara seorang suspek wanita masih lagi diburu. Suspek yang ditembak adalah Amedy Coulibaly dan seorang rakannya yang terlepas adalah Hayat Boumedienne.

Hayat Boumedienne

Hayat Boumedienne

Empat tebusan terbunuh dan 15 terselamat dalam kisah tebusan yang dilakukan oleh Amedy Coulibaly itu. Sebelum itu Amedy Coulibaly telah bersuara untuk menuntut kebebasan dua bersaudara Kouchi.

Isteri suspek Cherif Kouachi dan Hayat Boumedienne dimaklumkan bertukar-tukar 500 panggilan telefon pada tahun 2014, menurut pendakwa Paris Francois Molin.

Sementara itu Al-Qaeda di Semenanjung Arab telah mendakwa bertanggungjawab bagi mendalangi serangan pengganas maut di pejabat Charlie Hebdo, Paris kepada CNN

Penyerang Charlie Hebdo

Penyerang Charlie Hebdo terbunuh

Pasangan adik beradik yang menyerang pejabat akhbar Charlie Hebdo maut dalam serbuan polis, selepas drama tebusan selama beberapa jam di kota Paris. Cherif dan Said Kouachi terbunuh selepas polis menyerbu lokasi persembunyian mereka di utara Paris.

Tugas Kerajaan Perancis itu tidak berakhir di sini. Masih ada banyak perkara yang perlu dilakukan, banyak pertanyaan untuk menjawab soalan tentang bagaimana untuk mengelakkan serangan masa depan, dan keselamatan dipertikaikan di atas sebab “kebebasan bersuara”.

Kongsi pendapat anda