Perang Terbuka : Umno Kedah vs Mukhriz Mahathir

Ketua Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini memulakan perang terbuka terhadap Mukhriz dengan mengisytiharkan bahawa pemimpin Umno di negeri itu telah ‘hilang keyakinan’ dengan kepimpinan menteri besar Kedah.

“Pemimpin Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dan pengerusi Umno negeri,” -Datuk Seri Ahmad Bashah

Mukhriz Mahathir

Seramai 14 ketua bahagian hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing.

Beliau menyenaraikan empat sebab yang dikatakan sebagai punca kehilangan keyakinan itu, iaitu kegagalan Mukhriz untuk menyatukan parti, kekurangan perancangan strategik bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kegagalannya memimpin dan menggerakkan jentera parti serta ketidak-upayaannya menguruskan pentadbiran negeri dengan berkesan.

Dato Seri Ahmad Bashah

Ada desas-desus yang mengatakan calon Menteri Kedah baru itu adalah ADUN Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah; ADUN Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Zapar.

Mukhriz menjadi sasaran berikutan percubaan terbuka bapanya, Tun DrMahathir Mohamad untuk menumbangkan Najib sebagai perdana menteri. Pada April tahun lalu, Mukhriz telah didesak oleh penyokong setia Najib supaya menyatakan sokongan secara terbuka kepada Najib yang dilanda pelbagai masalah.

Kongsi pendapat anda