Pergolakan Jawatan Menteri Besar Selangor

Desas desus tentang jawatan Menteri Besar Selangor semakin kuat.

Kini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kehilangan sokongan terpenting sebagai seorang ahli politik PKR yang dipilih menjawat jawatan Menteri Besar Selangor apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kepada media bahawa PKR bersetuju menukarkan Khalid dengan orang lain.

Tan Sri Dato ‘Seri Abdul Khalid Ibrahim ialah Menteri Besar ke 14 di negeri Selangor, di Malaysia. Jika PKR berkuasa penuh untuk menentukan siapa pengganti Khalid, sudah tentu perkara ini lebih mudah. Tapi, tidak semudah yang disangka untuk menukar Khalid hanya berdasarkan tohmahan-tohmahan yang dilemparkan. Selepas PKR, Anwar memerlukan empat sokongan lagi yang selari iaitu, DAP, PAS, istana dan Khalid sendiri.

Apakah Khalid akan akur dan meletak jawatan dan Khalid perlu ditukar dengan siapa?

khalid ibrahim

Sebab itu, bukan mudah untuk menukar Khalid, meskipun Anwar pendesaknya.

Penghalang sebenar penukaran ini bukanlah PAS mahupun presiden PAS sebagaimana dakwaan pemimpin kanan PKR, tapi kesukaran PKR mendapat kerjasama Khalid untuk berundur secara terhormat.

Ini diburukkan cara melampau yang mereka gunakan untuk menyingkirkan Khalid sehingga hari ini, kesilapan bermain catur di Langkah Kajang dan strategi pemilihan parti yang gagal.

Sultan Selangor : Khalid kekal MB Selangor

Kongsi pendapat anda