Perkhidmatan Twitpic ditutup, twitter harus dipersalahkan.

Syarikat yang membawakan perkhidmatan penyimpanan gambar untuk digunakan bersama-sama twitter akan ditutup pada 25 september ini. Penutupan ini adalah disebabkan faktor cap dagangan yang ditegaskan oleh pihak Twitter.

“Unfortunately we do not have the resources to fend off a large company like Twitter to maintain our mark which we believe wholeheartedly is rightfully ours,” Pengasas Twitpic Noah Everett menulis dalam satu artikel.

Twitpic Shutting Down

Twitpic telah dibuka pada awal 2008 untuk memberikan kemudahan kepada pengguna twitter untuk berkongsi gambar dengan mudah kepada rakan-rakan mereka di susur masa. Fungsi ini hanya diperkenalkan oleh pihak twitter pada tahun 2011.

Twitpic telah menghantar permohonan untuk penggunaan cap dagangan sejak 2009 lagi, dan sepanjang tempoh itu, mereka telah melalui pelbagai halangan dan cabaran. Namun mereka tidak mempunyai keupayaan untuk menentang syarikat gergasi seperti twitter. Sehubungan itu, penutupan twitpic di umumkan.

Kongsi pendapat anda