Perpindahan Angel di Maria £59.7m Ke Manchester United Pecah Rekod

Pemain sayap Argentina Angel di María, 26, memecahkan rekod perpindahan British yang terbaru dalam perpindahan  beliau ke Manchester United dengan nilai £ 59.7m dari Real Madrid.

Louis van Gaal yakin bahawa dengan kemasukkan Angel di Maria dapat  mengembalikan zaman kegemilangan Manchester United.

maria-sign_3017669b

Di Maria, yang berhijrah dari juara Eropah telah disahkan tidak lama sebelum pertemuan United dalam United’s Capital One Cup dengan MK Dons, Di Maria dijangka membuat penampilan sulungnya dalam pertembungan dengan Burnley dalam  Liga Perdana di Turf Moor pada hari Sabtu nanti.

Dengan kehaadiran pemain sayap Argentina itu mungkin membawa Van Gaal  kembali kepada formasi 4-3-3 beliau yang digemari di United.

“Di Maria adalah pemain tengah bertaraf dunia, tetapi yang paling penting dia seorang pemain yang bermain dalam pasukan,” kata Van Gaal yang tidak meragui bakat besar semula jadi beliau.

“Louis van Gaal adalah seorang jurulatih yang hebat dengan rekod prestasi yang terbukti dengan kejayaannya. Saya kagum dengan wawasan dan kesungguhan setiap orang untuk mengembalikan kelab ini kembali ke atas,” kata Di Maria.

Kongsi pendapat anda