Persatuan Bola sepak Kedah tolak tajaan D’Herbs

Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bola sepak Kedah (KFA) itu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sejak Februari lalu menjelaskan mengapa pihaknya terpaksa menolak tajaan untuk skuad Helang Merah mewakili rakyat negeri jelapang padi itu.

“Permintaan luar jangkaan dituntut pihak penaja terpaksa ditolak jawatankuasa pengurusan KFA demi menjaga kepentingan negeri Kedah,” Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah

KFA semalam membuat pengumuman menolak penajaan syarikat kosmetik D’Herbs Holding untuk menaja pasukan Kedah ada sebab-sebab tertentu.

Dherbs Kedah

D’Herbs sebelum ini dilaporkan bersedia menaja pasukan itu dengan nilai tajaan RM30 juta bagi tempoh tiga musim.

Sementara itu, Pengasas D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dalam kenyataannya kecewa dengan keputusan dibuat KFA tanpa perbincangan.

aliff syukri taja dherbs

Kata Aliff Syukri, jika sebelum beliau dan KFA boleh berbincang dengan baik dan bersama tetapi kali ini (keputusan) terus dibuat tanpa pengetahuan beliau.

Kongsi pendapat anda