Pertemuan terakhir ibu dan anak di dunia

 

Malam tadi pertemuan terakhir ibu dan anak di dunia.

Kata Datin Hartini, malam tadi jam 11 lebih dia ke sana, anakanda Ridwan, 12 tahun, meminta baju baru, stokin dan kasut baru kerana hari ini mereka ada program di Putrajaya. Bacaan Quran.

Datin hanya tahu kejadian jam 8 lebih tadi diberita. Ternyata anaknya terbabit.

Bertemu di bilik Forensik tadi, menitis airmatanya, namun dia tetap kuat.

Dia penggerak Rumah Ngaji Zuliana di Kg Baru. Doakan kekuatan buatnya.

Menunggu waktu berkumpul semuanya di Syurga.

Ya Rabb, kebaikanlah buat semuanya.

Sumber – fb Pn Marhaini Yusof

Kongsi pendapat anda