Pesawat CN235 TUDM terhempas

Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa, di sini, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

CN235

Pihak bomba kini berada di kawasan kemalangan. Laporan awal mengatakan lapan orang yang berada di dalam pesawat berjaya diselamatkan. Mereka diselamatkan oleh nelayan yang berada berhampiran lokasi nahas.

pesawat TUDM terhempas

Lapan anak kapal yang terbabit adalah;
1) Mejar Azri
2) Mejar Afizan
3) Mejar Syazwan
4) Kapten Azmie
5) Leftenan Meor
6) PW Neezam
7) Sarjan David
8) Sarjan Suhaila

TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. TUDM juga akan berusaha untuk membuat ‘recovery’ pesawat itu

Kongsi pendapat anda