Pesawat MAS ke Tokyo patah balik ke KLIA

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH70 dalam perjalanan ke Tokyo, Jepun dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diarahkan berpatah balik selepas 50 minit perjalanan kerana faktor keselamatan, lapor The Star.

Akhbar itu melaporkan berdasarkan laporan di portal berita, pesawat itu berlepas dari KLIA ke Lapangan Terbang Narita di Tokyo pada 10.50 pagi semalam. Sebaik saja tiba kembali ke KLIA, penumpang dimaklumkan penerbangan itu dijadualkan berlepas semula pada 1.15 petang menggunakan pesawat lain.

MAS 70

The Star melaporkan laman web MAS memaparkan MH70 berlepas dari KLIA pada 1.22 petang dan tiba di Tokyo pada 8.44 malam waktu Malaysia.

Setakat ini, akhbar itu berkata syarikat penerbangan negara MAS masih belum dapat dihubungi untuk mengulas berhubung insiden itu.

Kongsi pendapat anda