Peserta Gegar Vaganza 3 (2016)

Teka-teki mengenai siapa peserta GegarVaganza ketiga (GV3) akhirnya terjawab selepas 12 orang penyanyi diperkenalkan pada sidang media yang berlangsung pada petang Rabu.

Saingan dijangka lebih sengit berbanding musim terdahulu kerana enam peserta lelaki dan enam wanita GV3 kali ini sangat dikenali dengan kehebatan dan keunikan vokal masing-masing.

12 penyanyi yang bakal menggegarkan pentas GV 3 ialah Ameng Spring, Zarul Umbrella, Razis Ismail, Gmie Screen, Rem dan Shidee Data mewakili enam peserta lelaki.

peserta-gegar-vaganza-3

Manakala enam peserta wanita pula sangat dikenali dengan kehebatan vokal masing-masing dan mereka ialah, Nora Ariffin, Siti Sarah, Elly Mazlein, Azharina, Intan Sarafina serta Zur Eda.

GV3 masih mengekalkan pelawak Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai pengacara serta Ramli MS dan Khatijah Ibrahim juga masih kekal dikerusi pengkritik tetap.

Senarai Rasmi Biodata Peserta Gegar Vanganza 3 2016

Peserta Lelaki

  1. Ameng Spring – Wan Aminuddin bin Wan Ismail, 48 Tahun
  2. Zarul Umbrella –  Zairulkefli Husin, 40 Tahun
  3. Razis Ismail- Ghazali bin Ismail, 56 Tahun
  4. Gmie Screen- Gmie Screen, Popular Era 90an dan peserta Kilauan Emas 5
  5. Rem – Ramzani Kassim, 46 Tahun
  6. Shidee Data – Vokalis Kumpulan Data, Popular Era 90an

Peserta Wanita

  1. Nora Ariffin – Wan Norafizah binti Ariffin, 43 Tahun
  2. Siti Sarah- Siti Sarah binti Raisuddin, 32 Tahun
  3. Elly Mazlein –
  4. Azharina – Azharina binti Azhar, Penyanyi Pop Malaysia asal KK Sabah
  5. Intan Sarafina
  6. Zur Eda

Sumber: Senarai Rasmi Biodata Peserta Gegar Vanganza 3 2016 Astro | melvister.com

Untuk melihat kehebatan dan merasai kemeriahan GV3, Siaran Langsung akan diadakan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula 16 Oktober ini, jam 9.00 malam.

Siaran langsung GV3 juga boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Kongsi pendapat anda