Pesta Baling Tomato Acara Tahunan di Sepanyol Jadi Tarikan Pelancong

BERIBU-RIBU orang menyertai satu pesta yang unik di Sepanyol setiap tahun iaitu pesta membaling tomato atau dipanggil ‘La Tomatina‘. Acara tahunan tersebut diadakan di Bunol, Sepanyol yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Valencia.

Pesta Baling Tomato itu menyebabkan jalan raya di bandar berkenaan bertukar menjadi merah selepas beribu-ribu orang mengambil bahagian membaling buah tomato yang ranum ke arah satu sama lain.

Pesta Baling Tomato di Sepanyol

La Tomatina‘ kini telah menjadi satu tarikan popular di kalangan pelancong terutama pelancong dari Britain, Amerka Syarikat, Australia dan Jepun.

Pada acara itu, beberapa buah lori kelihatan membawa 125 tan tomato yang masak ranum untuk kira-kira 22,000 peserta yang kebanyakannya datang dari luar untuk membalingnya ketika pesta selama sejam itu berlangsung.

Pesta Baling Tomato acara tahunan di Sepanyol

Pesta Baling Tomato acara tahunan yang unik di Sepanyol

Peserta Pesta Baling Tomato acara yang diadakan di Sepanyol

Gambar:
Alberto Saiz / Associated Press
Evrim Aydin / Anadolu Agency / Getty Images

 

Kongsi pendapat anda