Pidato Anwar Ibrahim : 40 tahun dari UM ke Penjara

Keadaan di pintu masuk Universiti Malaya kini menjadi tumpuan. Ketiga-tiga pintu masuk universiti itu ditutup iaitu dua dari arah Petaling Jaya, satu dari Kuala Lumpur dan tidak satu pun kenderaan dibenarkan masuk. Bagaimana nasib Anwar Ibrahim selepas ini dalam rayuan kesnya di Mahkamah Persekutuan?

Anwar bukan Nelson Mandela

“Acara Pidato Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke Penjara adalah bertujuan untuk menghasut mahasiswa dan tidak sesuai diadakan di universiti,” – Khairy Jamaluddin

Ketua Pemuda Umno itu berkata, acara yang akan berlangsung pada malam ini di Universiti Malaya (UM) itu hanya akan menyampaikan mesej politik berat sebelah yang langsung tiada kaitan dengan universiti.

Pintu UM

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Fahmi Zainol berkata pihaknya tetap akan meneruskan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim sekalipun pun beliau tidak berjaya masuk ke kampus itu.

Fahmi Zainol

Walaupun amaran telah dikeluarkan oleh pihak universiti untuk pelajar-pelajar untuk tidak menghadiri acara itu, orang ramai telah berkumpul di pintu masuk Universiti Malaya untuk mendengar ceramah malam ini oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Mahasiswa dan penyokong Anwar turut melaungkan “student power” dan “hidup rakyat” sambil meminta pihak keselamatan membuka pintu pagar. Kira-kira 500 mahasiswa, penyokong PKR dan pengamal media mula berhimpun depan pintu masuk Universiti Malaya menunggu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pidatonya.

pidato UM anwar ibrahim

Pintu UM diroboh

Suasana tegang seketika apabila dalam keadaan hujan gerimis, pintu masuk UM telah dipecahkan. Ribuan mahasiswa dan penyokong PKR merempuh pintu pagar Universiti Malaya membolehkan mereka memasuki kampus itu bagi mengikuti pidato Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Video Pintu UM dipecahkan.

Kongsi pendapat anda