Pingat Emas di Kolam Renang Diraja Komanwel

Ooi Tze Liang membuat kejutan apabila menghadiahkan pingat emas buat negara dalam acara 3 meter papan anjal di Kolam Renang Diraja Komanwel, Edinburgh sebentar tadi.

Tze Liang yang tidak diletakkan dalam senarai pemenang emas Sukan Komanwel mencatat 457.60 mata menewaskan dua penerjun England Jack Laughuer (449.7) dan Oliver Dingley (425.20).

Ong Tze Liang

Kejayaan Tze Liang itu menambah koleksi pingat kontinjen negara kepada 4 emas, 5 perak dan 5 gangsa. Update koleksi emas boleh dilihat di Kutipan Pingat Malaysia di Sukan Komanwel 2014.

Tahniah! dan Pingat Emas lagi untuk Malaysia!!!

Kongsi pendapat anda