PKR mohon mengadap Sultan Selangor dan kekal namakan Wan Azizah

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menerusi kenyataannya malam ini memberitahu PKR mengambil keputusan mengadap Sultan Selangor bagi menyatakan sokongan kepada calon mereka iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“PKR mengambil pendirian kedudukan sokongan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor seperti yang ternyata sebelumnya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berubah. Oleh demikian, PKR merafak sembah memohon limpah perkenan Tuanku untuk mengadap bagi mendapatkan nasihat dan ihsan Tuanku dalam keadaan sokongan majoriti adalah jelas dan tidak berubah,” – Setiausaha Agung PKR

Azmin Ali

Keadaan kelihatan semakin terdesak, masa sudah semakin suntuk untuk meneruskan agenda PKR di mana mereka semua sepakat menjadikan Dr Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Kad jemputan untuk adat istiadat angkat sumpah pun telah diedarkan di mana akan berlangsung pada Selasa depan.

Setakat ini, kedengaran khabar angin yang bertiup kencang bahawa nama Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor yang baru manakala PAS beberapa kali mengatakan tidak akan menuntut kerusi menteri besar Selangor itu kerana ia milik PKR.

Apa seterusnya? Nantikan sahaja pada hari 23 September 2014.

Kongsi pendapat anda