PKR ugut himpunan mega jika Anwar dipenjara

PUTRAJAYA: Suasana di perkarangan Mahkamah Persekutuan yang menyaksikan prosiding kes rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedikit tegang hari ini apabila timbul beberapa kekecohan di kalangan penyokongnya.

Antaranya insiden cubaan seorang lelaki dipercayai penyokong Anwar untuk merempuh pagar utama Istana Kehakiman, Putrajaya pada jam 3.30 petang tadi, namun dia  berjaya melarikan diri.

anwar khalid

Di lokasi yang lain, Naib presiden PKR, Tian Chua berikrar untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran sekiranya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan tuduhan Liwat II.Dalam ucapannnya kepada 500 orang penyokong di luar Istana Kehakiman hari ini, Tian Chua berkata para peserta berkenaan akan digembleng untuk hadir di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.

Hari ini, pihak pendakwaan diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meneruskan hujah balas terhadap alasan rayuan pembelaan, diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27. Perbicaraan akan disambung pada hari Khamis.

Kongsi pendapat anda