PM pulangkan kembali AS$620 juta pada Arab Saudi

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata Datuk Seri Najib Razak mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.

Menurut Apandi, pada Ogos 2013, sejumlah wang AS$620 (RM2.03 bilion) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

“Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai”

Peguam Negara

Oleh yang demikian, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya itu serta pihak Peguam Negara akan mengendalikan kertas siasatan kepada SPRM dan mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup.

Kongsi pendapat anda