Pokemon Go sudah di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pokemon GO kini sudah tiba di Malaysia.

Para pengguna telefon pintar boleh memuat turun permainan augmented reality yang mencetus fenomena di seluruh dunia ini di Apps Store bagi pengguna iPhone dan Play Store bagi pengguna Android.

Menurut Amanz, bermula jam 8 pagi 5/8/2016, Malaysia menerima Pokemon GO bersama beberapa negara lain seperti Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Kepulauan Solomon, Persekutuan Mikronesia dan Palau.
Permainan ini turut mengundang kontroversi tersendiri selepas menyebabkan para pengguna di seluruh dunia terlibat dengan pelbagai insiden seperti melanggar kereta polis dan menangkap Pokemon ketika isteri bersalin.

Pemain Pokemon GO turut dilihat berada di beberapa kawasan sensitif seperti di tanah perkuburan dan tugu peringatan Hiroshima.
Ramai blogger terkenal Malaysia sudah download dan berkongsi kisah di sosial media mereka antaranya Denaihati dan Broframestone.

Kongsi pendapat anda