Polis akan ambil tindakan kepada gadis Peugeot CDM25

Warga emas yang menjadi mangsa gadis Peugeot CDM25 bertindak ganas ketika kemalangan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin lalu tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu.

Sumber : Harian Metro

Sumber : Harian Metro

Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

Gadis Peugeot CDM25 dalam akaun facebook telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf : “After all what had happened, my sincere apologies. People make mistakes, so do I. Tq for your understanding.”

gambar kereta peugeot CDM25

Manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita yang mengamuk sambil mengeluarkan pengunci stereng terhadap seorang pesara yang secara tidak sengaja melanggar kereta wanita tersebut di Kuantan pada Isnin lalu.

Pendapat Asamboi tidak patut sangat gadis Peugeot CDM25 hanya memohon maaf melalui laman Facebook. Dia mesti menjadikan kes ini sebagai keutaman berjumpa Pak Cik Sim Siak Hong untuk memohon maaf. Jangan memberi berbagai dalih kerana kesalahan telah berlaku.

Kongsi pendapat anda