Polis tahan ahli lembaga pengarah skim pelaburan Highway Group

Polis menahan seorang lagi suspek dipercayai terbabit dalam skim pelaburan cepat kaya ‘Highway Group’ melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM50 juta.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, ketika ditahan, lelaki berusia 46 tahun yang berasal dari Kelantan itu dipercayai sedang bersiap untuk melarikan diri ke luar negara.


“Semasa tangkapan dilakukan, suspek menyorok dalam bilik di sebuah kondominium dekat Sri Hartamas sedang bersiap untuk lari ke luar negara.


“Suspek yang juga seorang guru berperanan sebagai ahli lembaga pengarah dalam syarikat itu,” katanya dalam kenyataan.


Operasi terhadap kegiatan kumpulan ini dimulakan sejak lima bulan lalu dan setakat ini polis sudah menahan 16 individu.


Tangkapan dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Tambah Acryl Sani, polis masih memburu 15 lagi individu yang terbabit dengan penipuan itu dengan identiti mereka sudah dikenal pasti.

Bulan lalu, polis menahan 15 individu, termasuk seorang pelakon tempatan dan dua lelaki bergelar Datuk Seri dan Datuk yang juga dalang skim pelaburan haram itu dalam beberapa siri serbuan di seluruh negara.

Hasil siasatan, kumpulan terbabit dipercayai memperdaya kira-kira 500 ribu pelabur di seluruh negara, termasuk Brunei, dengan keuntungan mencecah RM50 juta.
SENARAI YG DITANGKAP SKIM PELABURAN OLEH SYARIKAT HIGHWAY GROUP / RICH HERITAGE.

1. Dato Seri Zawawi b. Yas, 48 th. Alt. Tanah Merah, Kelantan. ( Pengasas )

2. Dato Azir b. Abu Samah,  43 th. Alt. Shah Alam, Sel. ( Buka pasaran kpd Orang2 Cina di Penang ) ( Gelaran2 dibeli dari Tgku  Chik, Perak ).

3. Adlin bin Aman Ramlie, 44 th. Alt. Cyberjaya, Sel. ( Peranan: Melindungi mastermind. Sediakan rumah dan kemudahan2 lain. 

 4. Ronzi bin Buang. 47 th. Alt. Ketereh, Kelantan.

5. Shahrul Azli b. Aibadillah. 38 th. Alt. Machang, Kelantan.

6. Arkeh bin Jusoh. 46 th. Alt. Ketereh, Kelantan.

7. Noraznita bt Abd. Rahmat, 40 th. Alt. Kuantan, Pahang. ( Peranan: Mengurus  Akaun Syarikat Highway)

8. Mohd Yuhanis b. Mustaffa, 30 th. Alt. Machang, Kelantan.

9. Rilawati bt. Idris. 43 th. Alt. Durian Daun, Melaka.

10. Rosmah kertini binti Abdul Rahim. 39 th. Alt. Selangor.

11. Che Esah binti Hussein. 47 th. Alt. Tanah Merah,  Kelantan.

12. Quah Tiew Beng,  58 th. Alt. Georgetown, Penang

13. Catherine Gan Suat Yuen 28 th.  Alt. Wakaf Baru, Kelantan.

14. Cheng Kit Chai. 28 th. Lelaki Cina.  Alt. Georgetown, Penang.

( C ) RAMPASAN

( 9 ) buah kereta di sita: Range Rover Evoque, Mercedis, Honda Accord, Volkswagen, Toyota Caldina, Toyota Prius, Toyota Vios, Proton.

Nilai: Hampir Rm 1 Juta.

Barang kemas, bag2 jenama utk sitaan db Amla.

Sejumlah buku2 bank, kad2 bank, borang2 pelaburan, talipon, komputer.

Kongsi pendapat anda