PR Setuju Umum MB Selangor Baru Lepas Aidilfitri

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Rabu menerima cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membuat pertukaran Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju menerima cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menukar Menteri Besar Selangor dengan mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju menerima cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menukar Menteri Besar Selangor dengan mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Namun, PAS dan DAP masih belum mengumumkan pendirian mereka terhadap pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua sekutu PKR itu akan membincangkan perkara ini ke mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dalam masa terdekat sebelum mengumumkan pendirian mengenainya selepas Aidilfitri.

Kongsi pendapat anda