Donald Trump mengarahkan semua dutanya di seluruh dunia, yang dilantik bekas Presiden Barack Obama untuk meninggalkan pejabat mereka menjelang tengah hari ini tanpa memberikan sebarang tempoh penangguhan.

Bagaimanapun, kebiasaannya duta yang dilantik secara politik akan meletak jawatan pada permulaan pentadbiran baharu tetapi tanpa senarai pengganti adalah perkara baharu.

Seramai 80 duta dilantik ke sesebuah negara, agensi dan isu seperti duta bagi isu wanita global, dipecat.

Tindakan itu menyebabkan AS tidak mempunyai wakil yang disahkan Senat selama beberapa bulan, selain tiada hubungan terus dengan Trump, termasuk di negara yang mempunyai hubungan sensitif dengan AS.

Antaranya, Jerman, Britain dan Kanada, selain sekutu penting lain seperti China, India, Jepun dan Arab Saudi. Proses bagi menggantikan duta lantikan politik oleh Kongres akan mengambil tempoh yang panjang.