Presiden FAM bakal undur diri?

Status peletakan jawatan Presiden FAM, Tengku Abdulah Sultan Ahmad Shah dijangka akan diputuskan pada 15 Ogos ini pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM. Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin akan memohon menghadap Tengku Abdullah sebelum mesyuarat dan status presiden FAM akan diputuskan.

Pertemuan antara Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan barisan exco FAM sebelum ini hanya satu perjumpaan biasa dan tiada sebarang perkara yang diputuskan.

Media semalam melaporkan desas-desus rombakan dalam FAM akan disuarakan dalam mesyuarat exco pada 15 Ogos ini dengan kesemua barisan Exco bersedia melepaskan jawatan andai hasrat Tengku Abdullah diterima.

presiden-FAM

Tengku Abdullah sebelum ini memberitahu beliau tetap mahu melepaskan jawatan tertinggi FAM itu dan tidak mahu campur tangan dalam kemelut badan itu lagi.

Mengikut perlembagaan FAM kata Hamidin, mana-mana pemilihan yang ingin dilakukan dalam FAM perlu dibuat empat tahun sekali atau pun seperti dalam artikel 29 perlembagaan persatuan.

tmj-letak-jawatan-penasihat-fam

Kemelut kepimpinan FAM sebelum ini dikritik hebat oleh pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa memiliki ‘pendrive’ mengandungi bukti penyelewengan dan salah laku pegawai FAM.

Kongsi pendapat anda