Presiden Obama datang ke Malaysia, Jalan Ditutup Dua Jam

Kesesakan teruk berlaku, apabila Lebuhraya Persekutuan dari Subang menghala ke Kuala Lumpur ditutup sejak jam 4 petang tadi.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur, lebuh raya berkenaan ditutup bagi memberi laluan kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di Subang, bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-27 dan sidang kemuncak berkaitan.

“Lebuh raya akan ditutup sehingga perjalanan Obama ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selesai,” katanya kepada Bernama.

obama sesak jln8

obama sesak jln9

obama sesak jln12

obama sesak jln welkam

Video Presiden Obama datang ke Malaysia 2015

Beliau berkata, jalan di sekitar Kuala Lumpur yang turut terjejas ialah Jalan Imbi, Jalan Kinabalu dan Jalan Sultan Ismail. Jurucakap itu menasihatkan pengguna jalan raya supaya menggunakan jalan alternatif bagi mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, dengan mematuhi peraturan serta arahan polis.

Kongsi pendapat anda