Presiden US Ke-45 Milik Donald Trumph

Setelah seharian proses undian, akhirnya Donald Trumph ‘diangkat’ sebagai Presiden US kali ke-45. Donald Trump daripada parti Republikan mengalahkan Hillary Clinton daripada parti Demokrat dalam persaingan sengit semalam untuk menjadi presiden Amerika Syarikat ke-45.

donald berucap

 

Selain itu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada presiden Amerika Syarikat itu. Tambahnya, beliau berkata “Malaysia akan meneruskan kerjasama dan hubungan antara kedua negara di bawah pimpinan pemimpin dari Parti Republikan itu”.

Kejayaan Trump disifatkannya sebagai luar biasa apabila ia bertentangan dengan jangkaan pakar, penganalisis dan media.

Tidak ketinggalan juga ramai netizen yang telah mula mengecam kerana sifat beliau yang diketahui, ada yang melahirkan rasa kebimbangan, ada yang bersedih dan lain-lain.

Walauapapun penulis mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau. Beliau akan menerajui Amerika Syarikat selama 4 tahun.

trumph berucap

Kongsi pendapat anda