Project Zero Cybersecurity oleh Google usaha yang menguntungkan pengguna

Pada selasa yang lalu, pihak Google telah mengumumkan mengenai projek keselamatan terbaru mereka iaitu Project Zero. Projek ini akan mengenal pasti sebarang masalah keselamatan dalam perisian atau skrip yang dibangunkan dan dipasarkan di internet.

Projek Zero akan memaklumkan kepada pembangun perisian tersebut dan memasukkan ke dalams senarai pengkalan data yang boleh di akses oleh para pengguna untuk melihat mengenai perkara tersebut.

Google Project Zero Cybersecurity

Sekiranya penyedia perisian tidak mengambil tindakan, ini akan memberikan impak yang buruk kepada nama syarikat atau jenama perisian tersebut. Ini akan memberi faedah kepada para pengguna di mana mereka akan menikmati kemaskini yang kerap dan cepat sekiranya terdapat sebarang masalah dengan perisian tersebut.

Semoga projek ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Kongsi pendapat anda